|
Sumbangan Dana Pembinaan Anjung Seraya |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 14 December 2011 12:10 |
|
Keprihatinan anda kami perlukan...
  
Pihak PIBG dan sekolah amat berharap keprihatinan semua pihak sama ada bekas pelajar, ibu bapa, orang perseorangan dan organisasi dapat membantu dalam usaha merealisasikan pembinaan sebuah tempat yang dikenali Anjung Seraya. Anjung Seraya yang lengkap berbumbung berkeluasan 40 x 55 kaki.
Keperluan Anjung Seraya amat mendesak terutama pada tahun hadapan ( 2012 ) Pembinaannya akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan tempat yang sesuai untuk aktiviti peningkatan akademik seperti ceramah, aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, bacaan yasin dan aktiviti pendidikan moral. Anggaran kos pembinaan dan lain-lain kos berjumlah RM100,000.00. Besarlah harapan kami tuan/puan boleh membantu mewakafkan sedikit wang untuk merealisasikan impian ini. Sumbangan boleh disalurkan sama ada melalui wang tunai, pindahan wang atau cek atas nama PIBG SMK Taman Seraya.
|
Nama Akaun
|
PIBG SMK Taman Seraya
|
|
Nama Bank
|
Bank Islam
|
|
No Akaun
|
12092-01-0020348
|
Selain itu, sumbangan boleh diserahkan secara terus kepada pihak sekolah. Semoga sumbangan dan harta yang tuan/puan wakafkan akan menambahkan lagi rezeki dan kebahagian hidup tuan/puan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi pihak sekolah pada waktu pejabat. |
|
Last Updated on Wednesday, 14 December 2011 21:20 |
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 22 December 2011 15:50 |
|
Tepat jam 12 tengahari, Pn. Hjh. Hamsah bt. Hj. Hasan ( PK Akademik ) mengumumkan keputusan PMR bagi tahun 2011. Pada tahun ini seramai 339 orang calon menduduki peperiksaan PMR. Peratusan lulus keseluruhan ialah sebanyak 70.8% menurun sedikit berbanding tahun 2010.Seramai 32 orang pelajar mendapat keputusan 8A/7A bagi semua matapelajaran.
|
|
Last Updated on Thursday, 22 December 2011 16:30 |
|
Read more...
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 02 October 2011 22:17 |
|
Seluruh Warga SMK Taman Seraya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR 2011 kepada semua pelajar tingkatan 3. Kami mendoakan anda semua berjaya menjawab dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. Yakinlah, anda semua mampu melakukan yang terbaik. Kejayaan anda semua amat kami harapkan. |
|
Last Updated on Sunday, 02 October 2011 22:22 |
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 15 November 2011 22:08 |
|
Bayaran Bantuan Kewangan
Pihak sekolah akan mengadakan hari untuk membuat pembayaran bagi bantuan kewangan seperti mana yang telah diumumkan oleh kerajaan melalui bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Berikut maklumat berkaitan pembayaran tersebut :
|
|
Last Updated on Wednesday, 14 December 2011 12:37 |
|
Read more...
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 29 September 2011 21:45 |
|
Pesta Tanglung akan di adakan mengikut ketetapan berikut
|
|
Last Updated on Wednesday, 14 December 2011 12:41 |
|
Read more...
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>
|
|
Page 1 of 6 |